28 June 2013

berubah


Berubah.
Tak semua orang boleh terima perubahan kita. Walaupun kadang-kadang perubahan yang kita buat tu sebenarnya ke jalan yang baik. Jalan Allah.

Ade setengah orang mungkin ada yang pandang pelik bila kita mula berubah. Mungkin tak biasa dengan perubahan yg baru tu. 

Ape ape pun mungkin kita boleh berubah sedikit demi sedikit. Tak perlu terkocoh kocoh melakukan perubahan. Yang penting hati ikhlas. Berubah bukan kerana manusia. Contoh ade orang berubah sebab boyfriend. Berubah sebab boyfriend suruh buat itu ini. Bukan itu maksud berubah. Itu maksudnya mengikut kehendak seseorang. 

Berubah kerana Allah dengan hati yang benar benar ikhlas. Jangan malu melakukan perubahan. Kalau bukan kita yang mulakan, siapa lagi? 

Tinggalkan segala keburukan dan kejahatan yang pernah kita lakukan. Mulakan hari yang baru. Semoga Allah permudahkan segala urusan. 


No comments:

Post a Comment