01 May 2014

Hectic Week


Minggu ni and minggu lepas serious penat gila. Penat tahap rasa nak nangis. Haaa nmpak lah tak tough langsung aku ni. Baru penat sikit dah nak nangis kan :( Hmmm

Dengan class petang (5-7pm) Isnin, Selasa, dengan sibuk nak study untuk test, dengan assignment yang nak kena submit, dengan sibuk nak uruskan jersey hoki dak dak koko, dengan jadi pengarah projek, dengan proposal kena reject, pastu ulang alik pusat koko time panas terik tengah hari, weekends nak fikir training hoki lagi.

Study,test, assignment semua tu tak kisah sbb bagi aku benda tu mmg common probs utk student. 

Yang jadi serabut lebih ni bila koko kena buat community service. Semua benda aku nak kena uruskan. Bukan aku yang nak jadi Pengarah projek bagai tu tapi disebabkan aku ni class rep utk koko hoki so everything aku lah yang kena settlekan. Ohh No. Tu yg kekadang makan pun tak menentu, tidur lagi lah tak menentu. And manjang demam je --'

Nasib baik Vice Pres & S/U member aku je semua. Housemates aku. So, senang ah aku nak divide kerja utk kitorang bertiga. Hehe. Kekadang aku selalu gak emosional. Bad things pasal aku, bila aku penat, start ah moody sepanjang hari until aku dapat tidur yg berkualiti. Haaa baru boleh cm gelak2 mcm biasa. Sbb aku ni happy go lucky je. Eventhough ada probs pun, kekadang aku pandai simpan sendiri. (kekadang lah) hiks.

So, esok aku mmg tak sabar habis ah nak balik. Sbb aku dah malas nak layan kerja yang bertimbun kt UTHM ni. And of course sbb dh lama tak balik. Dah rindu IbuAyah, Smokey, bilik aku haaa semua lah pasal rumah. Haha. Semoga selamat sampai rumah esok :) Happy Holiday!









2 comments: